Friday, October 13, 2006

ikuti cubaan nie......

Amalkan Kesihatan Mental Yang Baik

Tekanan Mental Dan Pekerjaan

TEKANAN KERJA

Setiap daripada kita mempunyai tekanan kerja. Suasana tempat kerja yang selesa dan selamat meningkatkan kecekapan mutu kerja dan keseronokan bekerja. Suasana tempat kerja yang kurang memuaskan boleh mendatangkan tekanan mental.

Tekanan kerja yang sedikit adalah perlu untuk meningkatkan daya produktiviti. Jika tekanan di tempat kerja berlebihan, ia boleh memberi kesan negatif. Masalah peribadi dan keluarga akan merumitkan lagi kesihatan mental pekerja.

PUNCA-PUNCA TEKANAN MENTAL DI TEMPAT KERJA

Jenis Pekerjaan

Suasan tempat kerja, tekanan kerja yang berpanjangan dan perubahan cara pengendalian kerja.

Peranan dan Fungsi Pekerjaan

Kerja dan peranan yang sentiasa berubah-ubah secara kerap atau pekerjaan yang merbahaya

Perhubungan
Konflik sesama rakan sekerja dan majikan

Kerjaya

Kurang insentif dan penghargaan dari majikan, kecewa terhadap suasana kerja, dinaikkan/diturunkan pangkat, hilang pekerjaan.

Perubahan Dalam Organisasi

Perubahan dalam struktur dan pengurusan organisasi secara mendadak meningkatkan kekeliruan dan tekanan kepada pekerja


--------------------------------------------------------------------------------

7 LANGKAH MENANGANI TEKANAN MENTAL

Bersikap Realistik Terhadap Pekerjaan Anda

Akui kekuatan dan kelemahan dalam diri anda

Bersikap positif semasa melakukan anda

Lakukan yang terbaik dalam pekerjaan anda

Merasa seronok bekerja

Rancang Kerja Anda

Kendali masa anda dengan bijak

Beri keutamaan pada kerja yang penting

Jangan bertangguh

Elakkan membawa sebarang tugasan balik ke rumah

Mengagihkan kerja dengan baik

Tingkatkan Kemahiran Penyelesaian Masalah

Lihat masalah dengan rasional dan raancang penyelesaian secara sistematik

Senaraikan masalah-masalah mengikut keutamaan serta langkah-langkah menanganinya

Nilaikan kesesuaian pada setiap langkah penyelesaian

Ambil tindakan secara wajar

Mempunyai Sikap Yang Betul Terhadap Perubahan Dalam Kerja

Sentiasa bersikap terbuka, bertolak ansur dan realistik terhadap apa jua perubahan yang berlaku

Rancang perubahan secara teratur

Amalkan Komunikasi Berkesan Di Tempat Kerja

Amalkan sifat tegas (assertive) bukan garang (aggressive)

Luahkan pendapat anda secara sopan, tegas dan jelas

Hormati pandangan rakan sekerja anda

Tingkatkan Sokongan Sosial Di Tempat Kerja

Wujudkan ikatan persahabatan sesama takan sekerja

Senaraikan individu dan organisasi yang dapat membantu anda dan rakan sekeja di dalam menangani sebarang masalah

Berkongsi masalah dengan mereka yang sedia mendengar

Luangkan masa anda untuk membantu rakan yang bermasalah

Amalkan cara Hidup Sihat

Luangkan masa untuk beribadah

Dapatkan tidur yang mencukupi

Bersenam selalu

Adakan aktiviti/hobi yang menyeronokkan

Jauhi diri dari arak, rokok dan dadah

Amalkan nilai-nilai murni dan berpegang teguh pada ajaran agama

No comments: