Saturday, March 26, 2005

alhamdulillah....

ALHAMDULILLAH (VERSI MELAYU) ( - Too Phat, Yasin, Dian Sastrowardoyo, Ahli Fiqir - )

Dian Sastro:
Di saat waktu berhenti... kosong Dimensi membutakan mata, memekakkan telinga Lalu diri menjadi hampa Saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
Sadarku akan hadirmu, mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri
Yassin:Ult li albi bissaraha
(I'm opening up my heart with honesty)
Hayya nab'idil karaha
(Let's avoid the hated and hatred)
Syakkireena a' kulli ni'ma
(Let's remain thankful with what we have)
Ba' ideena anil fattana
(Let's avoid all lies and sins)
Malique:Merenungi luar jendela,
mengagumi kebesaran yang Maha Esa Ku menilai kehidupan dari sudut berbeza
Tak memadai hanya kecapi rasa selesa Maukan harta yang mampu beli 1 semesta Berpesta ke pagi botol bergelimpangan
Kekasih muda bukan takat berpegang tangan Harta dan jamuan nafsu tidak berkekalan
Bila menjelang tua bukan itu jadi bekalan
Dan jangan puisi ini disalah tafsir pula
Bukan berkhutbah cuma betuli diri jua Ingin hidup sempurna aset nilai berjuta, saling tukar wanita, senyum dan mati tua Bakat dikurnia jangan disalah guna
Jangan kufur nikmat yang diberi percuma
Guna kelebihan untuk hikmah bersama Jagalah nama hidup penuh pementasan dan drama Ada berisi ada yang kurus, ada melencong ada yang lurus bukan semuanya tulus ada sempuna ada kurang upaya ada yang jadi buta hanya bila sudah kaya
Sebesar rumah bermula dengan sekecil bata, boleh hilang dalam sekelip mata Ucaplah alhamdulillah bukannya sukar, kerna semua nak kaya atau besar Tetap Allahuakbar!!!

Joe Flizzow:Jadikanlah ku tentera Fisabilillah yang tertera di kalimah harap memanduilah Entah apabila persimpangan tiba, hidup penuh rintangan harus kuhadapinya
Harapku tidak terlupa diri bila gembira, dan cuma mula mencari kau di saat hiba Ku cuma manusia penuh dengan kesilapan tapi bisa membezakan cahaya dan kegelapan
Tabah bila di halangan duri onak dan cobaan
Teguh bila dicobakan keruh kuasa dan perempuan Sentiasa legar diminda, dikejar dan dipinta dari zaman bermula hingga ke akhirnya
Ku mengerti siapa ku tanpamu di sisi dan apa guna posesi juga posisi Sementara ini cuma hanya puisi, nukilan tulisan dan bisikan isi hati
Mencari keterangan, menjiwai peranan menepati pesanan janji juga saranan Alhamdulillah atas kurniaan rezeki, moga tidak terleka dalam perjalanan ini

Ahli Fiqir:Aku yang memandang di dalam lubuk hati, mencari-cari zat rahsia yang katanya tersembunyi Aku yang melihat alam meliputi wujud menyertai lalu ku pindahkan alam ke dalam mata hati Aku hakiki, aku mengerti segala yang terjadi di langit dan di bumi
Gunanya tiada fantasi, pelik dan benar, qada' dan qadar kau berilah ku kekuatan Agar dapat ku hindarkan segala kesesatan
Usah kau biar nafsuku terliur dari pandangan majazi ini, aku yang hodoh lagi hina amat benar merindui
Moga cahaya lailatul tak membutakan mataku,semoga segala puji tak ku meninggi diri Moga segala janji dapat juga ku penuhi,moga dapatku hadapi tikaman dari belakang Lidah setajam pisau, ku tidak akan risau dengan dugaan cabaran sepanjang perjalanan
Ku pasrah ku akur 7, 8, 6 Alhamdulillah Syukur...

Dian Sastro:Sujudku pun takkan memuaskan inginku'tuk hanturkan* sembah sedalam kalbuAdapun kusembahkan syukur padamu ya Allah Untuk nama, harta dan keluarga yang mencinta Dan perjalanan yang sejauh ini tertempa
Alhamdulillah pilihan dan kesempatan Yang membuat hamba mengerti lebih baik makna diri Semua lebih berarti akan mudah dihayati

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah....

Friday, March 25, 2005

renungankan cerita....ambil pengajaran pada setiap insan di muka bumi ni...

Abu Raihan Al-Biruni Pakar Ilmu Fizik yang Ulung
Namanya tidak asing lagi di pentas ilmu sains pada abad pertengahan. Dunia sains mengenalnya sebagai salah seorang putera Islam terbaik dalam bidang falsafah, astronomi, kedoktoran, dan fizik. Wawasan dan pengetahuannya yang demikian luas, meletakkan dirinya sebagai pakar dan ilmuwan Muslim tersohor pada awal abad pertengahan. Ilmuwan tersebut tidak lain adalah Al-Biruni.
Nama penuhnya Abu Raihan Muhammad ibn Ahmad Al-Biruni, dilahirkan pada bulan September tahun 973 M, di perkampungan Khawarizm, Turkmenistan. Ia kemudian lebih dikenali dengan nama Al-Biruni. "Al-Biruni" yang bermaksud 'asing', adalah dinisbahkan kepada wilayah tempat tanah kelahirannya, iaitu Turkmenistan. Pada masa itu, kawasan ini sememangnya dikhaskan untuk penempatan orang-orang asing.
Dibesarkan dalam keluarga yang taat beragama, Al-Biruni menghabiskan usia mudanya dalam persekitaran masyarakat yang mencintai ilmu pengetahuan. Walaupun tidak banyak catatan sejarah yang mengisahkan latar belakang pendidikannya, namun beberapa sumber menyebutkan bahawa ilmuwan ulung ini memperoleh pendidikan daripada beberapa ulama kenamaan pada zamannya, antara lain Syeikh Abdus Shamad.
Dalam bidang kedoktoran, ia belajar dengan Syeikh Abul Wafa' Al-Buzayani, serta kepada Syeikh Abu Nasr Mansur bin Ali bin Iraqi dalam bidang matematik dan astronomi. Tidak hairan apabila ulama menulis ini terkenal sebagai seorang ahli dalam pelbagai bidang ilmu semenjak usia muda. Sebagai ilmuwan ulung, Al-Biruni tidak henti-hentinya mengais ilmu, termasuk dalam setiap penjelajahannya ke beberapa negeri, seperti ke Iran dan India.
Jamil Ahmed dalam buku Seratus Tokoh Muslim mengungkapkan, antara penjelajahan paling menarik tokoh ini adalah semasa di wilayah Jurjan, dekat Laut Kaspia (Asia Tengah), serta wilayah India.
Penjelajahan itu sebenarnya tidak disengajakan. Alkisah, setelah beberapa lama menetap di Jurjan, Al-Biruni memutuskan untuk kembali ke kampung halamannya. Namun tidak disangkanya, tanah kelahirannya dilanda oleh konflik antara etnik. Keadaan ini dimanfaatkan oleh Sultan Mahmoud Al-Gezna, yang melakukan penaklukan ke wilayah Jurjan. Penaklukan ini menyebabkan Al-Biruni dipilih oleh Sultan Mahmoud sebagai 'kumpulan pemikir' yang kemudiannya dibawa menyertai ekspedisi ketenteraan ke India.
Di sana beliau banyak melahirkan karya dan tulisan, sama ada dalam bentuk buku mahupun artikel ilmiah yang disampaikannya dalam perjumpaan. Selain menghasilkan karya, penjelajahan bersama Sultan ini juga menjadikan kawasan India sebelah timur sebagai kawasan baru untuk menyebarkan dakwah Islamiah. Sepanjang pengembaraannya di India, Al-Biruni memanfaatkan masa terluang melakukan kajian berkaitan adat istiadat dan budaya masyarakat tempatan. Berasaskan kajiannya inilah beberapa karya agungnya lahir.
Bukan itu sahaja, Al-Biruni jugalah orang yang pertama memperkenalkan permainan catur 'ala' India ke negara-negara Islam, serta menjelaskan permasalahan trigonometri yang lebih mendalam dalam karyanya, Tahqiq Al-Hind. Kecerdikan Al-Biruni merangsang dirinya mendalami ilmu astronomi. Beliau misalnya turut menjelaskan tentang kemungkinan pergerakan bumi mengitari matahari.
Malangnya, buku beliau yang mengupas perkara ini hilang. Namun ia berpendapat, sebagaimana pernah ia sampaikan dalam suratnya kepada Ibnu Sina, bahawa pergerakan eliptis adalah lebih memungkinkan daripada gerak melingkar yang dilakukan lanet. Al-Biruni konsisten mempertahankan pendapatnya tersebut, dan ternyata pada kemudian harinya pendapat ini terbukti kebenarannya sebagaimana yang dibuktikan oleh ilmu astronomi moden. Sebagai seorang yang gemarkan membaca pelbagai bidang ilmu, kepakaran Al-Biruni tidak hanya dalam bidang ilmu sains. Beliau juga mahir dalam ilmu falsafah.
Kerana itu, ia dikenali sebagai salah seorang ahli falsafah Islam yang amat berpengaruh. Pemikiran falsafah Al-Biruni banyak dipengaruhi oleh pemikiran falsafah Al-Farabi, Al-Kindi, dan Al-Mas'udi (meninggal 956 M). Hidup sezaman dengan ahli falsafah dan pakar ilmu perubatan, Ibnu Sina, Al-Biruni banyak berdialog dengan Ibnu Sina, sama ada secara langsung mahupun melalui surat menyurat. Keduanya kerap juga bermuzakarah berkaitan pemikiran falsafah, misalnya tidak bersetuju dengan aliran pemikiran paripatetik yang dianuti Ibnu Sina dalam banyak aspek.
Al-Biruni memperlihatkan kecenderungan tidak menerima bulat-bulat falsafah pemikiran Aristoteles dan berfikir secara kritikal terhadap beberapa hal dalam teori fizik paripatetik, seperti berkaitan dengan masalah gerak dan tempat. Ini kerana semua yang dilakukannya itu selalunya berlandaskan pada prinsip-prinsip Islam, serta meletakkan sains sebagai alat untuk menyingkap rahsia alam. Hasil kajian dan penelitiannya akhirnya adalah untuk mengakui akan wujudnya Allah sebagai maha pencipta.
Menurut Al-Biruni jika seorang ilmuwan ingin membezakan kebenaran dan kepalsuan, dia perlu menyelidiki dan mempelajari alam. Dalam bukunya Al-Jamahir, Al-Biruni juga menegaskan, "Penglihatan adalah penghubung apa yang kita lihat dengan tanda-tanda kebijaksanaan Allah dalam ciptaan-Nya. Daripada penciptaan alam tersebut kita akan menemukan kewujudan Yang Maha Pencipta".
Pandangan Al-Biruni ini tentu berbeza sekali dengan pandangan saintis Barat pada zaman moden ini yang mengenepikan sains daripada agama. Pandangan mereka tentang alam seolah-olah menafikan keberadaan Allah sebagai pencipta. Kejayaan Al-Biruni dalam bidang sains dan ilmu pengetahuan ini turut mendapat pujian ilmuwan Barat. Max Mayerhof misalnya menyatakan, "Abu Raihan Muhammad ibn Al-Biruni digelar sebagai ahli kedoktoran, astronomi, matematik, ilmu fizik, geografi , dan sejarah.
Dia mungkin sosok paling menonjol dan peneraju zaman keemasan ilmu pengetahuan Islam." Pengakuan yang sama juga dinyatakan oleh ahli sejarah asal India, Si JN Sircar. Beliau menulis "Hanya sedikit yang memahami fizik dan matematik. Di antara yang sedikit itu yang terbesar di Asia adalah Al-Biruni, sekaligus filsuf dan ilmuwan. Ia pakar dalam kedua bidang tersebut." Tokoh dan ilmuwan ulung ini akhirnya menghadap Ilahi Rabbi pada 1048 M, semasa berusia 75 tahun.

Thursday, March 24, 2005

rehat seketika....dan menghayati cerita ni....

Ada seorang lelaki yang soleh, bernama Tsabit bin Ibrahim. Dia sedang berjalan di pinggiran kota Kufah. Tiba-tiba dia melihat sebiji epal terjatuh dan keluar daripada pagar sebuah kebun buah-buahan.Tsabit melihat buah epal yang merah ranum itu, tergolek di tanah. Buah epal itu sangat menggiurkan. Apatah lagi, hari itu amat panas. Dia pula amat haus. Tsabit tanpa berfikir panjang terus mengambil dan memakan buah epal yang lazat itu.Sedang dia makan, baru dia teringat yang buah ini bukan miliknya. Dia belum mendapat keizinan daripada pemilik kebun buah epal. Apabila menyedari kesilapannya, Tsabit segera pergi ke kebun buah-buahan itu. Dia ingin mencari pemilik kebun itu. Dia mahu pemilik kebun itu menghalalkan buah epal yang telah dimakannya. Di kebun itu, Tsabit menemui seorang lelaki. Tsabit mendekati lelaki."Aku sudah makan separuh daripada buah epal ini. Aku berharap agar kamu menghalalkannya," kata Tsabit dengan kesal."Aku bukan pemilik kebun ini. Aku hanya khadam yang ditugaskan menjaga dan mengurus kebunnya," kata lelaki itu."Di mana rumah pemilik kebun ini? Aku hendak menemuinya dan minta dihalalkan epal yang telah aku makan ini," kata Tsabit dengan nada kesal."Untuk menemui pemilik kebun ini, kamu terpaksa menempuh perjalanan selama sehari semalam sebelum sampai ke rumahnya," jelas khadam itu lagi.Tsabit bertekad hendak menemui pemilik kebun itu. Dia menyedari yang rumah pemilik kebun buah-buahan ini amat jauh. Tetapi dia tetap ingin bersua supaya buah epal yang telah dimakannya itu dapat dihalalkan."Tidak mengapalah. Aku akan tetap pergi menemuinya, meskipun rumahnya terlalu jauh. Aku telah memakan epal yang tidak halal. Hidup aku tidak tenang. Rasulullah sudah memperingatkan kita melalui sabdanya: "Tiap-tiap daging yang terhasil daripada benda yang haram, maka api nerakalah yang layak baginya," kata Tsabit lagi.Tsabit memulakan perjalanan menuju ke rumah pemilik kebun epal itu. Dalam tempoh perjalanan sehari semalam, dia menghadapi dugaan di tengah-tengah padang pasir. Ribut pasir terpaksa diharungi. Niatnya hanya satu, hendak menemui pemilik kebun epal. Akhirnya Tsabit sampai juga ke rumah pemilik kebun itu. Tsabit terus mengetuk pintu. Setelah tuan rumah membukakan pintu, Tsabit dengan sopan memberi salam dan menjelaskan tujuan sebenar kedatangannya."Wahai tuan yang pemurah, saya sudah membuat kesalahan iaitu memakan separuh buah epal yang terjatuh di luar pagar dari kebun tuan. Saya makan tanpa keizinan daripada tuan. Saya meminta agar tuan menghalalkan apa-apa yang sudah saya makan itu," kata Tsabit dengan penuh keinsafan.Tuan pemilik kebun itu dengan tenang mendengar cerita Tsabit. "Aku tidak boleh menghalalkannya, kecuali dengan satu syarat," kata pemilik kebun epal itu. Tsabit bimbang dengan syarat itu kerana takut dia tidak dapat memenuhinya. Tsabit segera bertanya, "Apakah syarat itu tuan?""Engkau mesti mengahwini puteri aku," kata pemilik kebun itu.Tsabit tidak memahami maksud dan tujuan pemilik kebun itu. Tsabit berkata, "Apakah kerana hanya saya memakan separuh buah epal tuan, saya mesti mengahwini puteri tuan?"Pemilik kebun itu tidak mempedulikan pertanyaan Tsabit. Sebaliknya dia menjelaskan keadaan puterinya kepada Tsabit iaitu seorang yang buta, bisu, tuli, dan lumpuh. Tsabit amat terkejut dengan keterangan pemilik kebun.Tsabit menjawab dengan rasa rendah diri, "Aku menerima puteri tuan sebagai isteri aku. Aku akan memenuhi kewajipan dan hakku kepadanya kerana aku amat berharap agar Allah selalu meredai aku dan mudah-mudahan aku dapat meningkatkan kebaikan aku di sisi Allah," kata Tsabit dengan jujur.Selepas berlangsungnya perkahwinan, Tsabit terkejut kerana isterinya tidak buta, bisu, tuli, dan lumpuh. Keadaan ini amat berbeza dengan apa yang telah dijelaskan oleh tuan kebun epal itu. Tsabit duduk di samping isterinya lalu bertanya tentang kekeliruan itu."Ayahmu mengatakan kepada aku bahawa engkau seorang yang buta, bisu, tuli, dan lumpuh," kata Tsabit.Isteri Tsabit itu kemudian berkata, "Ayah aku berkata benar, kerana aku tidak pernah melihat apa-apa yang diharamkan Allah, tidak pernah mendengar berita buruk, lidah aku sentiasa berzikir kepada Allah, dan kaki aku tidak pernah pergi ke tempat yang tidak diredai oleh Allah."Tsabit amat berbahagia mendapat isteri yang soleh dan pandai memelihara maruah diri. Tsabit dan isterinya menjalani kehidupan dalam rumah tangga dengan penuh kasih sayang. Dalam beberapa tahun perkahwinan, mereka dikurniakan seorang putera iaitu Imam Abu Hanifah An Nu'man bin Tsabit. Abu Hanifah ialah Imam yang terkenal dengan ilmu keagamaan. Ilmunya menjadi rujukan seluruh umat Islam di dunia sejak dari zamannya sehingga kini.

Wednesday, March 23, 2005

malam ni aku bengang....

waa....memandangkan aku asyik keja malam...rasa tak puas ati lak...keja malam tu memang sempoi aje....tapikan kena susun barang lak....dan taruk harga sekali ya....kalau tak kena marah esok pagi ler...kerja aku berjalan lancar tak yang sangkut kat maner pun.....tapi yang aku bengang tu....pekerja baru nie buat hal lak....memang nak kena ambush nie...asyik hilang aje...orang ramai aje....hilang biskut marie lak....setiap 15 minit tu.....kalau apa-apa berlaku kat stesen petronas ni....tak ke hilang akal namanya....
aku tau dia tu baru lagi....jangan le tinggal uncle teoh sorang2.....mati le dia tu....orang tu dah tua...kau tu muda lagi....umur baru 18 tahun ler....lepasan spm lak tu....cuba buat kerja tu lancar aje....nanti pegawai petronas datang buat spot check kah.....nama boss yang naik lagi....aku dah tau nie....malam nie memang sah datang ler....siap tanya aku lagi....dah marah free aje...arrgh...tension lagi.....bagi nasihat pun tak dengar ler....ikut suka ati kau pak labu ler.....malas nak layan orang cakap lak.....mangkuk tikus bulu kambing....

Tuesday, March 22, 2005

toche kawang....

semalam aku terlewat sampai ke kerja....sebabnya tido lebih lak...kekekeke...aku buat selamba aje...bangun,mandi dan seterusnya semayang maghrib....pastu emak aku tanya aku `kenapa tak pergi kerja lagi..?" aku jawab `tak perasaan le, tido mati'.....itulah jawab aku pada malam itu....dan masa tu aku asyik menguap mulut bertanda aku masih ngantuk lagi....dan aku gi dapur makan yang emak aku hidang di atas meja....dok makan atas meja....tiba2 telefon berbunyi ler....bertanda orang petronas call aku....camaner nak angkat maaa.....aku dok makan dgn aman ler....tak pelah malam ada 2 orang yang jaga casher.....selalunya boleh ada partner sorang lagi....itu dinamakan korban.......dalam sepuluh minit lagi telefon berbunyi lagi kali nie emak aku angkat yang dikatakan`izham dalam toilet....dia sakit perut"...nanti ler dia sampai kat tempat kerja....jam menunjukkan 8.35 malam....aku gerak dgn kereta kereta....dgn kelajuan 80km/jam....sederhana bawa kereta....enjin dah tua....slow aje...sampai aje....kawang aku marah kat aku ler.... `KENAPA LAMA SANGAT NAK SAMPAI?' itulah soalan yang terkeluar dari mulut seorang pompuan yang tak ada income tax....dengan suara yang lembut....main pakai lepas aje....yang dia marah aje....dah le depan tu ramai customer ramai aje....tapi bagi aku buat selamba aje....kahkahkah...

`kalu boleh ijam nak bakar mulut budak miera nie...dengan minyak petrolum le....marah aku nie....."