Wahai sahabat-sahabat ku, ini coretan dari seorang sahabat kepada seorang sahabat:-
khas buat orang bujang dan juga yg telah berkahwin
UNTUK SUAMI RENUNGKANLAH
Sebuah karya yang sesuai untuk semua.. bagi yang bujang,
boleh mengambil I'tibar.. bagi yang belum dan bakal berkeluarga,
boleh belajar, bagi yang berkeluarga, perlu mengajar..
Untuk suami.. renungkanlah
Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia.
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah tidaklah
setaqwa Aisyah pun tidak setabah Fatimah Justeru isterimu
hanyalah wanita akhir zaman yang punya Cita-cita menjadi solehah...
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya
Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya
Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya
Isteri adalah murid kamu mursyidnya
Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya
Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya
seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya
seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah
meluruskannya..
Pernikahan atau perkawinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa.
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt. kerana memiliki isteri
yang tak sehebat mana
Justeru kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Rasulullah saw?..
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh... amin.
Untuk isteri renungkanlah...
Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia
Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw?..
Tidaklah setaqwa Ibrahim Pun tidak setabah Ayyub atau pun
Segagah Musa.. apalagi setampan Yusuf
Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya
Cita cita membangun keturunan yang soleh...
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Suami menjadi pelindung kamu penghuninya Suami adalah nahkoda
kapal kamu pengemudinya
Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya.
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya
Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya
Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya..
Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan
taqwa. Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt Kerana
memiliki suami yang tak segagah mana
Justeru kamu akan tersentak dari alpa.Kamu bukanlah Khadijah yang
begitu sempurna di dalam menjaga Pun bukanlah Hajar yang begitu
setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah.. amin...
Justeru itu wahai para suami dan isteri.jangan menuntut terlalu
tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya
Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak
semulia Rasulullah.
Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak
setulus Zulaikha.
Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak
sehebat Sulaiman.
DAN Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak
sekuat Hajar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment