Monday, October 24, 2005

kehebatan minuman coca-cola......

...sedap ka ayaq coca colah ni?!meh kita test tahap kelazatan coca colah...

Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh
ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia
mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2
gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku
kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus
Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna?

Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau
hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencu! ci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan
selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari
tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci
kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper
dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri
kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin
Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke
dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu
pasti hilang. Kemudian bolehlah minu! m air basuhan tadi berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap.
Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana
ianya amat mahal!

Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh
meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!

Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam
badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.

Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang
bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan
Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi
bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolon jangan
letak/parkir kereta
berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-sil! ap tengah bawak
kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.

Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin
lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!

Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh
dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric
asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!. Wahh! Rasa cam minum Coke
berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal
kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena
tipu. Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up,
Drinho, Yeos, Milo, F&N dll. Sama jer! Anak bapak dan Keluarga 69.

Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk
meghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu !
masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca
[cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.

Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut
tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur ...sedap
ka ayaq coca colah ni?

No comments: